Wednesday, June 24, 2009

Benci aku mimpi kau lagi


Awas, entri ini berbahasa melayu.

Kenapa kau tak lepaskan aku lagi? Atau aku yang tak lepaskan kau? Kenapa kau selalu hadir dalam tidur aku? Aku tak ingin la mimpi kau! Aku tak nak kau! Cuba aku mimpi duit ke, semestinya aku nak duit tu! Hahah, ye lah pandai aku bermain kata, macam lah aku kuat sangat. Aku mungkin kuat bermadah, nampak pun macam kuat tapi hakikatnya aku lemah. Bila bila masa aku boleh jatuh. Aku tabib kau sebab kau kuat, pandai bermain kata dengan lidah kau. Dengan lidah kau pun orang dah boleh sakit, hebat! Keberanian kau pun dapat kau tonjolkan, tapi bagi engkau hidup ini macam permainan realiti tv ke? Kau boleh tunjuk dekat semua orang yang kau berkuasa? Tambah lagi, kau seperti peserta yang konsisten dan mungkin, selalu dapat undian tertinggi? Salah lah cik abang. Aku tak nak bazirkan mimpi aku dengan imej kau dalam versi hitam putih. Tak nak lagi mimpi kau cium pipi aku, tak nak mimpi hari indah dengan kau! Aku tak benci kau, mungkin kau juga harus fikir bahawa, kau mungkin tujuh belas tahun, ye besar nombor dan umur tu, tapi apa kata jadi matang? Sedikit pun tak apa.

- Sya

No comments:

Post a Comment